suria

Peminat Bantu Rebel Wilson Cedera

Rebel Wilson.

PELAKON yang terkenal menerusi filem Pitch Perfect, Rebel Wilson terharu apabila dia diselamatkan oleh peminatnya selepas tiba-tiba rebah dan mengalami kecederaan.

Rebel menerusi Instagramnya memberitahu ketika kejadian peminat tersebut telah menelefon ambulans untuk membawanya ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

"Saya terjatuh kerana rasa seperti hendak pengsan dan akibatnya saya mengalami kecederaan.

"Nasib baik ada peminat yang membantu saya dengan menelefon ambulans dan saya sangat berterima kasih," katanya seperti dilaporkan Daily Mail.

Rebel memberitahu kejadian itu berlaku di Long Island, New York namun tidak memberi butiran lanjut mengenai kejadian menimpanya itu.

Dalam pada itu, Rebel, 37, berkata, dia terjatuh kerana sedang berkejar untuk ke suatu tempat namun kakinya tiba-tiba tersadung sehingga menyebabkan dia mengalami kecederaan di muka.

Rebel yang kini sedang sibuk menjalani penggambaran filem Isn't It Romantic memberitahu dia bernasib baik kecederaan itu tidak teruk.

Rebel Wilson, Pitch Perfect

Artikel Berikut

Artikel Lain