suria

Lagu Baru EXO Ciplak Karya David Guetta?

EXO kini tampil dengan lagu berentak pop raggae Ko Ko Bop yang bermaksud'tarian yang menyenangkan'.

LAGU terbaru EXO berjudul "Ko Ko Bop" dikatakan sebuah karya ulang pakai? Biar betul?

Maklum balas pendengar mengakui perkara itu ada persamaan dengan potongan apabila nada yang digunakan dalam lagu Light My Body Up milik David Guetta yang keluarkan pada Mei lalu.

Selain itu, persamaan genre iaitu pop raggae dengan basis elektronik kedua-dua lagu tersebut menguatkan lagi dakwaan ini.

Bahkah ada pelayar internet berusaha memuatnaik kedua-dua video ini untuk dibuat perbandingan bagi mengesahkan persamaan tersebut.

Tidak mahu mengambil langkah berdiam diri, salah seorang anggota EXO meminta produser muzik Ko Ko Bop iaitu Paul Thompson menjelaskan situasi sebenar.

Biarpun lagu Ko Ko Bop baru dilancarkan, namun ianya sudah berada di antara carta teratas lagu popular di Korea Selatan.

"Hai hai! Kebelakangan ini aku terima banyak pertanyaan seperti ini. Tolong semua usah risau. Saya menulis Ko Ko Bop untuk EXO di minggu pertama pada November tahun lalu.

"Ia mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan sebuah album dan kalau tidak salah lagu David Guetta dilancarkan pada Akhir Mei lalu," ujarnya sambil meminta semua orang bertenang dan terus menikmati karyanya, Ko Ko Bop.

Sementara itu beberapa waktu dulu Chanyeol EXO sempat menjelaskan makna di sebalik lagu Ko Ko Bop.

"Tak ada istilah tepat tapi 'koko' adalah satu kata yang kedengaran menyenangkan sementara Bop merujuk pada tarian. Jadi, kami menggabungkan sehingga ia dapat ditafsirkan sebagai 'tarian yang menyenangkan'. Komposer lagu inilah yang punya idea tentang judul lagu tersebut," kata Chanyeol.

Ko Ko Bop dilancarkan pada 18 Julai lalu dan telah berada di antara carta teratas lagu di Korea Selatan.

EXO

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain