suria

Kang Gary Kembali Aktif Di Instagram

Gary memadam akaun Instagramnya selepas mengeluarkan kenyaatan sudah berkahwin pada April lalu.

PENYANYI rap Kang Gary telah mengaktifkan semula akaun Instagramnya setelah sebulan setengah memadam akaun itu pada 1 Mei lalu.

Gary, 39, mengeluarkan kenyataan sudah berkahwin dengan seorang wanita bukan di kalangan selebriti pada April lalu.

Foto pertama yang dikongsi Gary setelah sebulan setengah memadam akaun Instagramnya. 

Sejak itu, pelbagai spekulasi mengenai siapa wanita misteri yang menjadi pilihan bekas ahli Running Man ini.

Pada 19 Jun, peminat berasa lega apabila selebriti kesayangan mereka ini kembali aktif di laman sosialnya setelah lama mereka menantikannya.

Gary akan meneruskan siri jelajah konsertnya di Penang pada 27 Jun depan. 

Gary memuat naik foto pertama yang berlatarkan pantai yang cantik di Hawaii.

Selain itu, Gary juga akan meneruskan semula jelajah konsert K-Pop Sensation 2017 Kang Gary Promo di Penang pada 27 Jun depan.

Kang Gary

Artikel Lain