suria

Tom Cruise Sahkan Penerbitan 'Top Gun 2'

Tom Cruise mengesahkan penerbitan filem Top Gun 2 seperti diperkatakan adalah benar.

NAMPAKNYA harapan peminat untuk menonton sekual filem popular Top Gun bakal terlaksana.

Pelakon utama filem itu, Tom Cruise memberitahu laporan mengatakan karya yang dikeluarkan pada tahun 1986 itu akan kembali menemui peminat adalah benar.

Malah kata pelakon berusia 54 tahun itu, penggambaran dijangka akan diadakan selewat-lewatnya awal tahun hadapan.

"Ia memang benar dan saya akan mula memasuki set penggambaran pada tahun hadapan," katanya seperti dilaporkan E! Online.

Tom Cruise, Top Gun 2

Artikel Lain