Kim Kardashian Sasaran Gangguan Peminat Nakal - Bintang Global | mStar

Kim Kardashian Sasaran Gangguan Peminat Nakal

Penampilan Kim Kardashian sentiasa mencuri tumpuan

BERGELAR seorang selebriti popular sering kali terdedah dengan aksi-aksi nakal peminat yang cuba mendekati mereka dan perkara ini tidak terkecuali dilalui oleh Kim Kardashian.

Kejadian berlaku ketika Kim melewati karpet merah NBC Upfront 2017, New York dan seperti yang dilaporkan Aceshowbiz, sumber mengatakan seorang peminat lelaki telah mendekati Kim untuk diajak berswafoto, namun kemunculannya dilihat agak tiba-tiba.

“Kim dilihat agak terkejut dan cuba mengelak namun sebaliknya dia terjebak. Biarpun dilihat agak terganggu dengan aksi lelaki itu, namun dia baik-baik sahaja," katanya.

Kim yang hadir bersama Khloe Kardashian di acara itu mencuri tumpuan kerana berpenampilan seksi dengan mengenakan jaket hitam yang dipadankan dengan kasut boots.

Bagaimanapun itu bukan kali pertama Kim diganggu oleh peminat lelaki yang nakal. 

Pada 2014, dia pernah menjadi mangsa seorang bernama Vitalii Sediuk. Saat itu Kim hampir terjatuh kerana dikatakan Vitalii telah menarik rambutnya yang ketika itu hadir untuk Paris Fashion Week.

2016, Vitalli sekali lagi menjadi bahan utama media Perancis kerana menyerang Kim yang sedang bercuti di Paris dengan cuba menciumnya namun sempat dikawal oleh pegawai peribadi Kim. 

Kim Kardashian

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain