suria

Aaron Kwok Kahwin Model Pada Usia 51 Tahun

Aaron Kwok dan Moka berkahwin dalam sebuah majlis tertutup pada Selasa.

HONG KONG: Pelakon terkenal Aaron Kwok akhirnya menamatkan zaman bujangnya pada usia 51 tahun dengan teman wanitanya yang juga seorang model iaitu Moka Fang.

Perkahwinan secara tertutup itu diadakan di Swanky Peninsula Hong Kong pada malam Selasa dan dikawal ketat oleh sekuriti.

Walaupun media dihalang daripada membuat liputan acara itu, Aaron bagaimanapun mengedarkan beberapa foto perkahwinannya untuk tatapan peminat.

Pada hari bahagianya itu, Aaron kelihatan kacak dalam sut daripada Tom Ford manakala Moka jelita dalam persalinan putih rekaan Georges Hobeika lengkap dengan barang kemas daripada Louis Vuitton High Jewellery.

Sebelum ini, Moka, 29, pernah memberi bayangan hari bahagianya apabila memuat naik foto sepasang kasut tinggi berwarna mereka di Instagram miliknya.

Peminat mula membuat spekulasi bahawa ia adalah kasut perkahwinan model itu dengan Aaron.

Antara selebriti yang dilihat menghadiri perkahwinan tertutup itu adalah Chingmy Yau dan semua jemputan.

Aaron Kwok, Moka Fang

Artikel Lain