Richard Hammond Cedera Parah Ketika Penggambaran - Bintang Global | mStar

Richard Hammond Cedera Parah Ketika Penggambaran

Richard Hammond

PERSONALITI televisyen Richard Hammond dilaporkan cedera parah akibat terlibat dalam kemalangan semasa penggambaran untuk siri The Grand Tour.

Mail Online melaporkan, Hammonds, 47, dipercayai terjatuh dari motosikalnya sehingga mencederakan kepala ketika penggambaran itu di Mozambique.

Tidak dipastikan sama ada dia memakai topi keledar atau tidak semasa kejadian namun pengacara bersama iaitu Jeremy Clarkson berkata, keadaannya agak teruk.

Sumber memberitahu The Sun, jika keadaannya agak serius, mustahil untuk personaliti televisyen itu mendapatkan rawatan segera kerana kejadian itu berlaku di kawasan pedalaman selain kemudahan perubatannya juga terbatas.

Pada 2006 Hammond diterbangkan ke hospital selepas kenderaan berkuasa tinggi yang dinaikinya berpusing-pusing sehingga dia hilang kawalan ketika melakukan aksi berani di lapangan terbang Elvington berdekatan York.

Kejadian itu menyebakan dia mengalami kecederaan otak.

Selepas lima minggu di hospital, dia akhiRnya dibenarkan pulang untuk bersama isterinya, Mindy dan anak-anaknya.

Richard Hammond

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain