Baim Wong Jadi Pemandu GrabCar - Bintang Global | mStar

Baim Wong Jadi Pemandu GrabCar

Baim Wong mencuba nasib sebagai pemandu GrabCar.

PELAKON terkenal Indonesia, Baim Wong kini mencuba nasib sebagai pemandu GrabCar.

Menurut Baim, dia melalui pelbagai pengalaman lucu ketika berhadapan dengan penumpang.

"Ramai yang terkejut dan tidak menyangka.

"Selepas dua, tiga minit mereka bertanya sama ada saya ini Baim Wong atau tidak," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Grabshare di Kuningan, Jakarta Selatan.

Menurut laporan detikhot, bekas kekasih Marshanda itu tidak risau walaupun terpaksa melayan para penumpangnya.

Kata Baim, dia sebaliknya selesa kerana menganggap pekerjaan baharunya itu sebagai medium untuk bersosial.

"Ramai yang minta untuk bergambar, ada juga yang rakam video untuk Instagram mereka.

"Saya tak boleh menolak kerana ia akan menjadi kenangan bagi mereka," kata Baim.

Jelas Baim dia menjadi pemandu GrabCar secara sambilan selama dua hingga empat jam sehari jika berkelapangan.

Baim Wong

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai.