Nombor Telefon 'Bocor', Leeteuk (Super Junior) Diganggu - Bintang Global | mStar

Nombor Telefon 'Bocor', Leeteuk (Super Junior) Diganggu

Anggota kumpulan Super Junior iaitu (dari kiri) Eunyuk, Leeteuk dan Donghae.

GARA-GARA nombor telefonnya ‘bocor’ sehingga diketahui orang ramai, anggota kumpulan Super Junior iaitu Leeteuk berhadapan dengan masalah apabila dia sering diganggu.

Koreaboo melaporkan selain menerima pelbagai panggilan, dia juga turut mendapat pelbagai mesej yang dikirimkan secara berterusan.

Disebabkan masalah itu, pada Rabu dia telah memuat naik gambar gunung bersalji di Instagramnya dengan kapsyen yang berjaya menarik perhatian ramai.

Dalam kapsyen itu, dia hanya meletakkan #hastag yang ditujukan kepada mereka yang tidak bertanggungajwab.

Hastag itu seperti berikut:

#EverthingIsFineBut#AfterMidnight
#Calling#RefrainFromTextingPlease
#ItSeems#ThatMyPhoneNumber
#WasLeakedAbroad#IHaveABroadcast
#EarlyInTheMorning#PleaseSpareMe
#DoItDuringTheDay#Please

Bagaimanapun tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh syarikat pengurusannya SM Entertainment.

Leeteuk , Super Junior

Artikel Berikut

Artikel Lain

Neymar terus kekal di PSG?