Adele Dedah Sudah Berkahwin Dengan Simon Konecki - Bintang Global | mStar

Adele Dedah Sudah Berkahwin Dengan Simon Konecki

Adele sudah berkahwin dengan teman lelakinya, Simon Konecki.

PENYANYI Adele mendedahkan dia sudah berkahwin dengan Simon Konecki dengan menggelar lelaki itu sebagai suaminya ketika menerima trofi Album Terbaik pada Anugerah Grammy ke-59 yang berlangsung di Staples Centre, malam Ahad lalu.

"Saya sayang anda, pengurus saya, suami saya dan anak saya - anda adalah alasan mengapa saya berada di sini," katanya.

Pada Disember lalu, bintang terkenal itu dilihat mengenakan cincin perkahwinan dan timbul spekulasi mengatakan pasangan itu telah pun berkahwin secara rahsia.

Bagaimanapun pihak pengurusan penyanyi lagu Someone Like You itu enggan mengulas mengenai perkara itu.

Adele dan Simon dikatakan berkahwin pada Disember lalu.

Pasangan berkenaan yang bercinta sejak 2011 mempunyai seorang anak lelaki iaitu Angelo, berusia empat tahun.

Terdahulu, Adele menyapu bersih kesemua lima kategori yang diterimanya termasuk Album Terbaik bagi album solo ketiganya, 25 pada anugerah itu.

Kemenangan Adele dalam kategori utama penganjuran anugerah muzik terbesar Amerika Syarikat itu adalah yang kedua selepas lima tahun memenanginya menerusi album keduanya, 21 pada tahun 2012.

Selain Album Terbaik, penghibur berbakat besar itu turut memenangi dua lagi kategori utama iaitu Rekod dan Lagu Terbaik untuk lagu popularnya, Hello dengan menewaskan saingan terdekatnya, Beyonce Knowles yang tercalon bagi lagu Formation.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

Artikel Lain