suria

Kim Kardashian Kembali Aktif Di Instagram

Kim Kardashian kembali aktif di Instagram selepas tiga bulan menyepikan diri.
SELEPAS beberapa bulan menyepikan diri, bintang realiti Kim Kardashian kembali aktif di laman sosial Instagram apabila dia memuat naik gambar bersama suami dan dua anak mereka.

Kim, 36, yang mempunyai 89.6 juta pengikut di Instagram turut memuat naik video berdurasi seminit bersama suami sekali gus menamatkan spekulasi berhubung rumah tangganya yang dikatakan berantakan sebelum ini.

Menerusi video itu, Kim dan suami, Kanye West, 39, dilihat mesra bersama dua anak mereka iaitu North dan Saint.

Gambar terbaharu Kim bersama keluarganya yang dimuat naik di Instagram.

Kali terakhir Kim dilihat aktif di Instagram pada Oktober lalu sebelum kejadian dia dirompak oleh sekumpulan lelaki di Paris.

Sejak itu, Kim memilih untuk tidak muncul dikhalayak ramai selain berhenti daripada berkongsi gambar-gambarnya dan keluarga di laman sosial popular itu.

Baru-baru ini, nama Kim sekali lagi menjadi perhatian apabila rumah tangganya bersama Kanye dikatakan goyah dan Kim dikatakan ingin memfailkan cerai terhadap suaminya itu.
Kim Kardashian, Kanye West, Instagram

Artikel Lain