suria

Go Kyung Pyon Berminat Sertai 'Running Man'

Go Kyung Pyon berminat untuk menyertai program popular Running Man.

PELAKON Go Kyung Pyon memberitahu dia berminat untuk menyertai Running Man namun merasakan dirinya tidak cukup bagus untuk program popular itu.

Kyung Pyon berkata, sekiranya dia terlibat dalam program itu dia bakal menjadi perserta paling membosankan kerana merasakan sukar untuk kelihatan bersahaja selain mudah berasa gementar.

"Running Man tidak mempunyai skrip dan ia terletak kepada kebijaksanaan peserta untuk menghidupkan program itu.

"Saya pula lebih suka melakukan sesuatu mengikut pelan atau skrip kerana tidak mahu dilihat canggung.

"Sebab itu saya tidak merasakan saya cukup bagus untuk sertai Running Man walaupun berminat," katanya seperti dilaporkan Allkpop.

Bagaimanapun katanya, sekiranya diberi peluang untuk muncul dalam program itu dia sedia melakukannya.

"Jika ada peluang apa salahnya tetapi sehingga hari ini saya tidak pernah terima panggilan daripada pihak produksi...haha," katanya.

Go Kyung Pyon, Running Man

Artikel Lain