suria

Video Muzik Blackpink Cecah Tontonan 8 Juta Sehari

Kemunculan semula Blackpink menjadi apabila dua video muzik mereka berjaya mendapat 8 juta tontonan hanya dalam masa sehari ia dilancarkan di Youtube.

KUMPULAN Blackpink mampu tersenyum apabila dua video muzik terbaharu mereka berjaya mendapat lapan juta tontonan di YouTube hanya dalam masa 24 jam.

Menurut Twitter rasmi kumpulan itu, dua lagu berkenaan iaitu Playing With Fire dan Stay masing-masing mendapat 4.3 juta dan 3.6 juta tontonan.

Dua lagu berkenaan dilancarkan pada 1 November lalu sebagai kemunculan semula mereka dalam bidang muzik.

Lagu tersebut ciptaan sepenuhnya Teddy daripada YG Entertainment.

Sementara itu, Blackpink turut melancarkan single berjudul Square Two secara digital sebelum tampil dengan album penuh tidak lama lagi.

Blackpink, Stay, Playing With Fire

Artikel Lain