suria

Anak David Beckham Dilarang Beli Minuman Keras

ANAK pemain bola sepak David Beckham iaitu Brooklyn Beckham tidak dilayan ketika ingin membeli minuman beralkohol di sebuah bar ketika menghadiri satu majlis hiburan.

Seperti dipetikThe Sun, Brooklyn Beckham, 17, tidak dibenarkan membeli minuman tersebut berikutan masih lagi berada di bawah umur.

Penjual minuman keras tersebut yang mengenali remaja itu menolak wang dan tempahan selebriti terkenal itu secara baik.

"Saya tahu siapa kamu, kamu ialah Brooklyn," ujar penjual tersebut.

Pekerja Camden's Roundhouse itu akhirnya memberikan Brooklyn segelas menuman bergas.

Mengikut undang-undang di United Kingdom, remaja bawah umur 18 tahun tidak dibenarkan membeli minum beralkohol, namun boleh minum minuman tersebut dengan pengawasan pihak lebih dewasa.

Brooklyn Beckham

Artikel Lain