suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lee Hyun Jae Kahwini Kim Yeol 3 Oktober Depan

Lee Hyun Jae & Kim Yeol adakan majlis secara tertutup.

AKTOR Lee Hyun Jae yang popular dengan drama Shut Up Flower Boy Band dilaporkan sudah bersedia untuk berkahwin dengan kekasihnya aktres Kim Yeol.

Majlis perkahwinan mereka akan dijalankan secara tertutup pada 3 Oktober depan.

TVReport
memberitahu pasangan ini telah berkenalan dalam tempoh yang lama, namun bercinta sejak akhir tahun lalu.

Menurut sumber, kad jemputan sudah diedarkan kepada keluarga dan teman-teman rapat.

"Kedua-dua keluarga mahu perkahwinan disegerakan tapi bukan secara tergesa-gesa," ujar sumber.

Kim Yeol, Lee Hyun Jae

Artikel Berikut

Artikel Lain