suria

Elak Paparazi, Kereta Selena Gomez Langgar Pagar

Selena Gomez melanggar pagar ketika cuba melarikan diri daripada paparazi yang mengekorinya.
PENYANYI Selena Gomez melanggar sebuah pagar ketika cuba keluar daripada tempat letak kereta selepas berkunjung ke sebuah salun kecantikan baru-baru ini.

TMZ
melaporkan kejadian itu berlaku disebabkan Selena cuba mengelak daripada paparazi yang mengambil gambar dan video dirinya.

Selena melanggar pagar ketika cuba lari daripada paparazi.

Video kejadian itu kini tersebar secara meluas di Internet.

Dalam video berkenaan turut memperlihatkan seorang wanita dan lelaki membantu Selena mengeluarkan keretanya.

Selena bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dan kereta mewah miliknya juga hanya mengalami kerosakan kecil.

Selena Gomez

Artikel Lain