suria

Kwon Yuri Merayu Akaun Instagram Tidak Digodam

AHLI Girls Generation, Kwon Yuri merayu kepada penggodam agar tidak menggodam laman sosial Instagramnya.

Kwon Yuri yang mempunyai pengikut seramai 3.6 juta itu mendedahkan akaun peribadinya itu sudah beberapa kali cuba digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Dia menulis pesanan kepada penggodam tersebut menerusi foto terbaharunya yang dimuat naik pada Isnin dengan kapsyen: "Ini akaun Instagram saya!!! tolong jangan diambil!!".

Foto tersebut turut mendapat perhatian pengikutnya yang marah dengan penggodam berkenaan. Peminat-peminatnya juga bimbang penyanyi itu akan menutup akaun tersebut.

"Tolong berhenti, ini adalah satu-satunya cara kami berinteraksi dengan penyanyi kesayangan kami," komen salah seorang pengikutnya.

Kwon Yuri

Artikel Lain