suria

Percutian Rain & Kim Tae Hee Di Pulau Jeju Dapat Perhatian

KISAH percintaan pasangan Rain dan Kim Tae Hee sering mendapat perhatian peminat-peminatnya terutama di laman sosial.

Baru-baru ini pasangan berkenaan dikatakan baharu sahaja menghabiskan masa bersama bercuti di Pulau Jeju.

Malah agensi mereka juga mengesahkan perkara tersebut bahawa kedua-dua selebriti itu sedang bercuti di sebuah pulau terindah di Korea Selatan. 

"Rain dan Kim Tae Hee bercuti di Pulau Jeju selama tiga hari dua malam bersama keluarga dan teman rapat mereka.

"Setelah itu, Rain dijadualkan untuk datang ke Malaysia pada 19 Mei ini," ujar agensi. 

Rain, Kim Tae Hee

Artikel Lain