suria

Banyak Akaun Palsu Muncul Guna Nama Song Joong Ki

SEMENJAK meraih populariti luar biasa menerusi drama Decendents of the Sun, aktor Song Joong Ki terpaksa berhadapan dengan banyak akaun palsu menggunakan namanya.

Akaun tersebut telah mengelirukan peminat-peminatnya apabila terdapat akaun yang aktif memuat naik gambar-gambar terbaru dia ketika bercuti.

Agensi pengurusannya, Blossom Entertainment mengambil tindakan mengesahkan beberapa akaun didapati akaun palsu dan meminta peminat tidak terpedaya.

"Song Joong Ki pernah aktif di media sosial satu masa dulu, namun sekarang dia sudah menutup akaun media sosialnya. Tiada sebarang akaun peribadi atau akaun media sosial rasmi yang kami wujudkan untuk dia.

"Kami akan cuba membuat aduan terhadap akaun-akaun palsu tersebut yang mengelirukan peminat. Kami sudah meminta individu tidak bertanggungjawab itu untuk berhenti menipu orang ramai," ujarnya.

Song Joong Ki

Artikel Lain