Yoo So Young Mohon Maaf Kepada Peminat Big Bang - Bintang Global | mStar

Yoo So Young Mohon Maaf Kepada Peminat Big Bang

Yoo So Young meminta maaf kepada peminat kumpulan Big Bang.

PENYANYI Yoo So Young membuat permohonan maaf secara terbuka kepada peminat Big Bang menerusi laman Instagram miliknya pada Rabu.

Soompi melaporkan peminat kumpulan terkenal itu berang dengan tindakan So Young selepas menggelar penonton yang hadir ke konsert Big Bang baru-baru ini sebagai biadap.

"Sungguh tidak sopan apabila anda sahaja seorang berdiri dalam konsert ini. Apa orang yang duduk dibelakang anda harus buat?," katanya menerusi status berkenaan.

Dalam pada itu, So Young turut menjelaskan dia bertindak demikian bukan kerana dia adalah seorang artis tetapi peminat seperti mana yang lain hadir pada konsert itu.

"Saya membuat komen itu sebagai salah seorang peminat Big Bang dan bukannya kerana saya seorang selebriti.

"Seperti peminat lain, saya juga mahu berasa seronok ketika menghadiri konsert berkenaan tetapi tindakan seorang peminat yang berdiri dan menghalang pemandangan membuatkan saya sedikit berasa kecewa dan mengeluarkan kenyataan itu.

"Saya minta maaf sekiranya ada yang tersinggung dengan kenyataan saya sebelum ini," katanya dalam permohonan maaf itu.

Yoo So Young , Big Bang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain