suria

Liam Payne Sahkan Khabar Angin Cintai Juri X Factor

Liam Payne.

ANGGOTA One Direction, Liam Payne menguatkan lagu khabar angin tentang hubungan cintanya dengan penyanyi berusia 32 tahun iaitu Cheryl Fernandez. 

Liam, 22, memuat naik gambar selfie bersama wanita itu di laman sosial Instagram miliknya baru-baru ini mengesahkan spekulasi hubungan tersebut. 

Sebelum ini, seorang peminat ada memberitahu terbampak pasangan ini berjalan bersama di sebuah pusat membeli belah. 

Khabar hubungan mesra dua selebriti ini juga pernah dilaporkan The Sun, akhbar itu melaporkan pasangan ini bercinta sejak Disember lalu. 

Pasangan ini pada awalnya dikesan mempunyai hubungan ketika sama-sama menghadiri acara realiti televisyen final X Factor pada 2015 lalu. 

Liam datang ke meja juri selepas persembahan dan mencium wanita tersebut. 

Pasangan ini juga dikatakan bercuti bersama di sebuah pulau persendirian Februari lalu.

Artikel Lain