Suami Celine Dion Meninggal Dunia - Bintang Global | mStar

Suami Celine Dion Meninggal Dunia

Rene Angelil bertarung dengan kanser tekak sejak sekian lama.

SUAMI kepada penyanyi terkenal Celine Dion iaitu Rene Angelil meninggal dunia pada usia 73 tahun di kediaman pasangan itu di Las Vegas pada Jumaat.

USA Today melaporkan, Rene menghembuskan nafas terakhirnya di sisi Celine selepas sekian lama bertarung melawan kanser tekak yang dihadapinya sebelum ini.

Penyanyi itu dalam satu kenyataan di laman web rasminya mengesahkan berita berhubung kematian suaminya dan meminta agar diberi ruang privasi mengharungi saat sukar tersebut.

Celine dan Rene berkahwin pada tahun 1994 dan pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Rene Charles dan pasangan kembar Nelson dan Eddy.

Selain bergelar suami, Rene adalah lelaki yang bertanggungjawab menaikkan nama Celine sebagai penyanyi terkenal di seluruh dunia.

Terdahulu, Celine ketika ditemubual pada Ogos lalu memberitahu suaminya mahu 'pergi' dengan tenang dalam dakapannya.

"Saya cukup beremosi apabila dia berkata seperti itu dan saya berjanji akan berada di sisi sehingga ke akhirnya," katanya.

Celine Dion , Rene Angelil

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

Kabinet akan dirombak