Leonardo Dicaprio Pelakon Lelaki Terbaik Anugerah Golden Globe - Bintang Global | mStar

Leonardo Dicaprio Pelakon Lelaki Terbaik Anugerah Golden Globe

Leonardo Dicaprio bersama trofi kemenangannya.

LEONARDO Dicaprio telah diumumkan sebagai Pelakon Lelaki Drama Terbaik menerusi lakonannya dalam filem The Revenant pada Anugerah Golden Globe ke-73 pada Isnin.

Kemenangan tersebut adalah yang ketiga buatnya sekaligus menewaskan empat calon lain iaitu Will Smith, Michael Fassbender, Eddie Redmayne dan Bryan Cranston.

Leonardo, 41, sebelum ini pernah memenangi anugerah yang sama menerusi filem The Aviator (2005) dan The Wolf of Wall Street (2015).

Pengarah The Revenant, Alejandro Inarritu turut membawa pulang trofi Pengarah Terbaik pada acara yang berlangsung di Los Angeles itu.

Sementara itu, Matt Damon pula membawa pulang anugerah Pelakon Lelaki Komedi Terbaik hasil lakonannya dalam filem The Martian.

The Martian arahan Ridley Scott turut menggondol trofi Filem Komedi dan Muzikal Terbaik pada malam tersebut.

Brie Larson membawa pulang trofi Pelakon Wanita Drama Terbaik manakala Jennfer Lawrence Pelakon Wanita Komedi Terbaik menerusi lakonannya dalam filem Joy.

Pelakon veteran Sylvester Stallone turut mencuri perhatian ramai apabila diumumkan sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Drama Terbaik menerusi filem Rocky Balboa in Creed.

Bintang drama bersiri Empire, Taraji P. Henson pula menepati ramalan apabila membawa pulang anugerah Pelakon Wanita TV Terbaik.

Penyanyi kontroversi, Lady Gaga pula diumumkan sebagai pemenang trofi Pelakon Wanita Siri Pendek TV Terbaik.

BERIKUT ADALAH SENARAI PENUH PEMENANG:

KATEGORI FILEM: 

Filem Terbaik - Drama: The Revenant

Filem Terbaik - Komedi atau Muzikal: The Martian

Pelakon Wanita Terbaik - Drama: Brie Larson - Room

Pelakon Lelaki Terbaik - Drama: Leonardo DiCaprio - The Revenant

Pelakon Wanita Terbaik - Muzikal atau Komedi: Jennifer Lawrence - Joy

Pelakon Lelaki Terbaik - Muzikal atau Komedi: Matt Damon - The Martian

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Kate Winslet - Steve Jobs

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Sylvester Stallone - Creed

Pengarah Terbaik: Alejandro G. Iñárritu - The Revenant

Lakon Layar Terbaik: Aaron Sorkin - Steve Jobs

Filem Animasi Terbaik: Inside Out

Filem Asing Terbaik: Son of Saul - Hungary

Skor Terbaik: Ennio Morricone - The Hateful Eight

Lagu Asal Terbaik: Sam Smith - Writing’s on the Wall - Filem Spectre

Anugerah Cecil B DeMille: Denzel Washington

KATEGORI TV:

Siri Terbaik - Drama: Mr Robot

Siri Terbaik - Muzikal atau Komedi: Mozart in the Jungle

Filem Terbaik Untuk Televisyen atau Siri Terhad: Wolf Hall

Pelakon Wanita Terbaik - Drama: Taraji P. Henson – Empire

Pelakon Lelaki Terbaik - Drama: Jon Hamm - Mad Men

Pelakon Wanita Terbaik - Muzikal atau Komedi: Rachel Bloom – Crazy Ex-Girlfriend

Pelakon Lelaki Terbaik - Muzikal atau Komedi: Gael García Bernal – Mozart in the Jungle

Pelakon Wanita Terbaik - Siri Terhad atau Filem Untuk Televisyen: Lady Gaga – American Horror Story

Pelakon Lelaki Terbaik - Siri Terhad atau Filem Untuk Televisyen: Oscar Isaac – Show Me a Hero

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Maura Tierney – The Affair

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Christian Slater – Mr. Robot

Anugerah Golden Globe Ke-73

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain

Zidane dedah buat kesilapan besar musim ini