suria

Foto Bercium Mirip Pasha (Ungu) & Angel Karamoy Tersebar

Pasha (Ungu)
DUNIAhiburan Indonesia dikejutkan dengan berita apabila foto yang mirip vokalis Ungu iaitu Pasha bercumbuan dengan Angel Karamoy, yang masih mempunyai suami.

Menurut laporan Kapanlagi, sebanyak lima gambar mesra dua selebriti itu disebarkan di laman sosial.

Bagaimanapun, pengurus Pasha iaitu Rudi yang dihubungi pada Selasa enggan memberi komen berkenaan perkara itu.

Angel Karamoy

"Maaf, saya belum boleh mengeluarkan sebarang kenyataan dan pihak kami belum memastikan kesahihan foto berkenaan," kata Rudi.

Berdasarkn komen yang diberi, pihak Ungu begitu berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan.

Pasha kini mempunyai seorang isteri, Adelia Wilhelmina yang dinikahinya pada Mac 2011. Pasangan itu dikurniakan dua orang anak iaitu Dewa Hikari Zaidan Ibrahim, 4 dan Sakha Dyandra Sultan Yusuf, 2.

Pasha juga mempunyai tiga orang anak iaitu Kisya Alvaro Putra Sigit, Shakinah Azalea Napasha dan Nasha Anaya Putri Valentina Pasha hasil perkahwinannya dengan Okie Calerista Agustina Sofyan.

Mereka bercerai pada 2008 selepas lima tahun berkahwin.

Dalam pada itu Detik Hot melaporkan, suami Angel Karamoy iaitu Steven Rumangkang terkejut dengan berita itu dan sudah melihat foto yang dimaksudkan namun belum sedia untuk memberi sebarang kenyataan.

Pasangan berkenaan berlkahwin sejak tujuh tahun lalu dan dikurniakan dua orang anak.

Mereka dikatakan menhadapi masalah rumah tangga dan sejak empat bulan lalu.

Pasha

Artikel Sebelum

Artikel Lain