suria

Video Aksi Caitlyn Jenner Mandi Tersebar

Caitlyn Jenner
SEJAK mengubah imej dan identiti sebagai seorang wanita, Caitlyn Jenner sering mencuri perhatian khalayak dan media.

Terbaharu, video Caitlyn sedang mandi pula tersebar di internet.

Seperti dipetik Daily Mail, video tersebut dimuat naik oleh anaknya Kylie Jenner.

Video tersebut mempamerkan aksi trangender berusia 66 tahun itu sedang asyik mandi di dalam bilik mandi.

Caitlyn yang dahulunya seorang atlet turut memperlihatkan kakinya yang panjang dan menikmati saat indah bersantai di bilik mandi bersama segelas arak iaitu champagne.

Ternyata, ia merupakan video kejutan istimewa oleh Kylie buat ibunya. Caitlyn hanya cuba untuk meniru salah satu gaya Kris Jenner ketika berusia 30 tahun lalu.

Berusaha untuk menyerupai Kris, Caitlyn berjaya memberi kejutan kepada bekas isterinya itu.
Caitlyn Jenner

Artikel Lain