suria

Junsu (JYJ) Lancar Album Solo Ketiga

Junsu bakal melancarkan album solo ketiganya pada Oktober depan.
ANGGOTA kumpualan JYJ iaitu Junsu bakal melancarkan album solo ketiganya pada Oktober depan, menurut syarikat pengurusannya, C-Jes Entertainment.

Korea Herald melaporkan, Junsu juga bakal mengadakan konsert jelajah di Asia sempena pelancaran album tersebut.

"Junsu telah meraih populariti di dalam dan luar negara menerusi karier solonya dan album terbaharu ini adalah hadiah istimewa untuk peminat," kata wakil C-Jes Entertainment.

Untuk rekod, Junsu mencipta sejarah peribadi apabila album solo pertamanya, Tarantallegra terjual sebanyak 120,000  unit selain konsert jelajah yang berjaya di seluruh Asia.

Bagaimanapun, Junsu tidak berhasrat untuk meninggalkan kumpulannya biarpun berjaya dalam karier solo.
Junsu, JYJ

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain