suria

Rain Umum Tinggalkan Cube Entertainment

Rain mengambil keputusan meninggalkan agensinya Cube Entertainment menerusi Instagram.
PENYANYI dan pelakon terkenal Korea Selatan, Rain mengambil keputusan untuk meninggalkan syarikat pengurusannya iaitu Cube Entertainment selepas dua tahun menyertai agensi berkenaan.

Korea Herald melaporkan Rain, 34, membuat pengumuman itu menerusi akaun Instagram peribadinya pada Isnin lalu.

"Selepas mengadakan perbincangan dengan ketua agensi, Hong Seung Sung, saya membuat keputusan untuk meninggalkan Cube Entertainment. Saya juga ingin berterima kasih di atas sokongan diberikan sepanjang dua tahun bersama mereka," katanya.

Bagaimanapun Rain tidak menjelaskan sebab sebenar pengundurannya daripada agensi berkenaan.

"Saya akan membuat pengumuman mengenai perancangan masa hadapan saya dalam masa terdekat ini," ujarnya yang baharu sahaja muncul dalam drama bersiri terbaharunya Diamond Lover.

Rain menyertai Cube Entertainment pada 2013 selepas dia selesai menjalani latihan ketenteraan selama dua tahun.

Rain, Cube Entertainment.

Artikel Lain