suria

Charlize Theron Ambil Anak Angkat Kedua

Charlize mengambil anak angkat kedua yang diberi nama August.

AKTRES Charlize Theron dilaporkan mengambil seorang anak angkat perempuan sebulan selepas dia berpisah dengan teman lelakinya, pelakon Sean Penn.

TMZ melaporkan Charlize memberi nama bayi yang baru dilahirkan itu August dan telah pun menyelesaikan proses pengambilan secara sah pada Julai lalu.

Bayi berkenaan berketurunan Afrika-Amerika dan aktres itu pernah mengambil seorang lagi anak angkat berasal dari Afrika Selatan pada tahun 2012 iaitu Jackson yang kini berusia empat tahun.

"Pengalaman menjadi ibu cukup mengagumkan dan ia memberi prespektif baharu dalam kehidupan saya," ujarnya.

Charlize Theron.

Artikel Lain