suria

Ed Sheeran Hasilkan 50 Buah Lagu

Ed Sheeran
PENYANYI British, Ed Sheeran telah menghasilkan sebanyak 50 buah lagu untuk dimuatkan dalam album ketiganya nanti.

Menurut laporan Femalefirst, walaupun mencipta banyak lagu, namun penyanyi berusia 24 tahun itu tidak merancang untuk mengeluarkan album ketiga sehinggalah tahun 2016.

"Tekanan semakin bertambah setiap kali saya mahu muncul dengan album baru kerana peminat sudah meletakkan harapan yang tinggi dalam karya baru saya.

"Saya takut jika apa yang diharap tidak menjadi. Kerana itu saya akan menghasilkan sebanyak mungkin lagu dan kemudian memilih yang terbaik untuk dimuatkan dalam album ketiga saya nanti," katanya.

Ed yang kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan model Irish iaitu Louise Johnston bercadang mahu berehat diri sebelum memulakan rakaman lagu untuk album seterusnya itu.
Ed Sheeran

Artikel Berikut

Artikel Lain