suria

Sulli f(x) Mahu Tinggalkan Dunia Nyanyian

ANGGOTA kumpulan f(x) iaitu Sulli dilaporkan nekad untuk keluar daripada bidang nyanyian pertengahan tahun ini.

Perkara itu diberitahu oleh sumber terdekatnya bahawa Sulli mahu memberi tumpuan terhadap kerjaya lakonan.

Sebelum bergelar penyanyi dan anggota kumpulan f(x), Sulli terlebih dahulu dikenali sebagai aktres cilik.

Dia memulakan kerjaya pelakon secara profesional pada usia 11 tahun dalam drama Ballad of Seo Dong dan beberapa bulan kemudian dia muncul dalam drama lain iaitu Love Needs a Miracle pada tahun 2006.

Pada Ogos 2012, penyanyi lagu Red Light ini memeggang watak utama dalam drama bersiri To The Beautiful You bersama Minho 'SHINee'.

Khabar angin bahawa penyanyi jelita itu ingin kembali fokus semula dalam dunia lakonan selepas menjalinkan hubungan cinta dengan penyanyi Choiza tahun lalu.
Sulli f(x)

Artikel Lain