suria

Song Jae Rim Sangkal Buat Pembendahan Bentuk Rahang

Song Jae Rim
PELAKON menyangkal dakwaan yang mengatakan dia melakukan pembedahan plastik untuk membentuk rahang.

Menurut laporan allkpop, kenyataan itu diberikan oleh Song Jae Rim sewaktu temubual dalam program Newsen baru-baru ini.

"Orang melihat wajah saya dan membuat andaian bahawa saya melakukan pembedahan plastik tetapi sebenarnya saya langsung tidak mempunyai masa untuk melakukan pembedahan itu kerana terlalu sibuk.

"Saya ada terbaca beberapa artikel yang menyatakan bahawa saya menjalani pembedahan plastik pada kedua-dua belah rahang. Ternyata semua itu palsu," katanya.

Tambah Song Jae Rim, perubahan yang berlaku pada dirinya disebabkan oleh berat badannya yang turun secara mendadak sejak kebelakangan ini.

Song Jae Rim juga meminta peminat menilai gambarnya di laman sosial Instagram untuk melihat perubahan fizikal dirinya yang semakin kurus.
Song Jae Rim

Artikel Lain