suria

Pengikut Laman Weibo Lee Min Ho Cecah 20 Juta

Lee Min Ho mempunyai 20 juta pengikut di laman sosial Weibo.

PELAKON Lee Min Ho muncul sebagai artis Korea Selatan yang mempunyai jumlah pengikut teramai di media sosial, Weibo menurut laporan Soompi.

Min Ho dilaporkan mempunyai jumlah pengikut sebanyak 20 juta dan dia merupakan artis pertama berbuat demikian.

"Dia adalah artis Korea pertama memiliki jumlah pengikut teramai dan ia adalah berita menggembirakan," kata wakil syarikat pengurusan aktor itu.

Min Ho merupakan antara pelakon yang sering berinteraksi bersama pengikutnya dengan sikap ramah menyebabkan ramai peminat terpegun dengannya.

Terdahulu Lee mengambil keputusan untuk membuka akaun Instagram peribadinya baru-baru ini selepas terdapat beberapa akaun Instagram palsu yang menggunakan namanya.

Lee Min Ho, Weibo.

Artikel Lain