suria

Justin Bieber & Hailey Baldwin Dilaporkan Bertunang

Justin Bieber dan Hailey Baldwin

PASANGAN selebriti yang paling diminati di Hollywood, Justin Bieber dan Hailey Baldwin dilaporkan telah bertunang baru-baru ini.

Menurut laporan portal TMZ, Bieber telah rasmi bertunang dengan Hailey selepas beberapa keping gambar menggunakan #CongratsJustinAndHailey tersebar meluas di media sosial.


Perkara itu berlaku selepas Hailey dikatakan telah memuat naik sekeping gambar yang menunjukkan cincin pertunangan mereka yang dipakai pada jarinya.

Para peminat Bieber amat terkejut melihat gambar itu dan menganggap gambar tersebut adalah palsu.

Media melaporkan sehingga kini pasangan tersebut masih belum tampil untuk membuat sebarang kenyataan rasmi mengenai hubungan cinta mereka.

Justin Bieber, Hailey Baldwin

Artikel Lain