suria

6 Juta Tonton Muzik Terbaharu Girls Generation

KUMPULAN Girls Generation bakal mencipta rekod baharu apabila muzik video Catch Me If You Can yang dilancarkan pada Khamis lalu mencapai enam juta tontonan dalam masa lima hari di YouTube.

Soompi melaporkan, dalam tempoh tiga hari ia dilancarkan, video berkenaan ditonton hampir lima juta peminat menerusi siaran YouTube SMTOWN.

Single Catch Me If You Can telah dilancarkan dalam versi Korea dan Jepun serta ia merupakan comeback yang dilakukan oleh kumpulan tersebut dengan imej terbaharu.

Sejak salah seorang ahlinya Jessica Jung mengambil keputusan keluar daripada kumpulan Girls Generation Oktober tahun lalu, ramai yang tertanya-tanya sama ada kumpulan ini akan mampu bertahan.

Kejayaan ini sekali gus membuktikan bahawa Girls Generation masih popular biarpun tanpa ahlinya Jessica.

Girls Generation

Artikel Lain