Suzy (Miss A) Elak Jumpa Wartawan - Bintang Global | mStar

Suzy (Miss A) Elak Jumpa Wartawan

PENYANYI Suzzy (Miss A) mengelak daripada bertemu dengan wartawan selepas kisah percintaannya dengan aktor Lee Min Ho tersebar sehingga mendapat perhatian luar biasa peminat.

Soompi melaporkan, Suzy yang hadir ke stesen KBS untuk rakaman program Happy Together tidak menghiraukan kehadiran media yang menunggunya di luar studio sebaliknya mengikut jalan belakang bagi mengelak daripada ditemui wartawan.

Syarikat pengurusan Suzy, JYP Entertainment dalam satu kenyataan berkata, KBS bersetuju tidak akan ada sebarang sidang media diadakan selepas rakaman selesai malah penyanyi itu tidak akan menjawab sebarang pertanyaan mengenai perihal peribadi.

Pasangan itu terdahulu pertama kali dilihat bersama dikhalayak ketika mereka berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon untuk berlepas ke China.

Suzy (Miss A) , Lee Min Ho.

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Artikel Lain