suria

Kim So Yeon Mirip Elsa Frozen

Wajah So Yeon kelihatan mirip dengan karektor dalam filem Frozen iaitu Elsa.

PELAKON Kim So Yeon dikatakan mempunyai wajah mirip seakan-akan sama seperti watak Elsa dalam filem Frozen.

Kim telah memuat naik gambar yang menyerupai Elsa di dalam Instragramnya dan mendapat komen positif daripada peminat baru-baru ini.

Dia mengenakan pakaian biru dan gaya rambut yang sama seperti watak Elsa.

Wajah Kim juga dikatakan mampu untuk mengekspresikan karakter Elsa dengan sempurna.

Sementara itu, pelakon berusia 34 tahun ini juga mengejutkan peminatnya kerana tampil berambut perang.

Kim So Yeon, Elsa. Frozen.

Artikel Lain