suria

Eddie Redmayne Pernah Bersekolah Dengan Putera William

AKTOR Eddie Redmayne mendedahkan dia pernah menduduki sekolah yang sama dengan Putera William di Eton College, Berkshire, England.

Bintang filem The Theory of Everything ini memberitahu turut menyertai satu kumuplan ragbi bersama dengan putera raja England itu.

"Kami berada dalam satu kumpulan ragbi yang sama di Eton Collage dan beliau adalah seorang yang sangat bagus dalam bidang akdemik dan sukan.

"Tetapi saya kasihan kepada dia kerana orang sering ingin menjatuhkannya ketika dalam perlawanan ragbi itu," ujarnya.

Eddie turut memuji William sebagai seorang pemain ragbi yang hebat, malah digeruni pasukan lawan.

Bukan dalam sukan sahaja, mereka turut menjadi rakan sekumpulan dalam persatuan debat sekolah.
Eddie Raymane

Artikel Lain