suria

Rambut Palsu Beri Masalah Kepada Lee Jong Suk

PELAKON Lee Jong Suk mengaku agak terseksa apabila terpaksa memakai rambut palsu bagi memainkan watak Choi Dahl Po dalam drama Pinocchio.

Katanya, terlalu lama memakai rambut palsu mengakibatkan rambut asalnya banyak yang gugur.

"Kerana terlalu lama memakai rambut palsu menyebabkan rambut saya banyak gugur. Walaupun rambut palsu sudah ditanggalkan, kepala saya tetap rasa seperti memakai rambut palsu itu," ujarnya.

Sementara itu, Jong Suk memberitahu kerana sudah terbiasa dengan rambut palsu membuatkan dia berasa janggal jika tidak memakainya.

"Bila keluar daripada penggambaran saya jadi pelik kerana sudah terbiasa dengan rambut palsu di atas kepala," ujarnya.
Lee Jong Suk Gugur

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain