suria

Royal Pirates Batal Hasrat Temui Peminat Di Singapura

Kumpulan Royal Pirates. Foto: kareaboo.com
UNIVERSAL Music Singapore mengumumkan bintang popular dari Korea Selatan, Royal Pirates telah membatalkan hasrat mereka untuk menjayakan sesi bertemu peminat di Kota Singa itu.

Syarikat rakaman berkenaan dalam kenyataan menerusi Facebook rasminya memberitahu, pembatalan itu dibuat atas-sebab-sebab yang tidak dijangka.

Portal kareaboo.com melaporkan, kumpulan rock Korea-Amerika itu tidak menyatakan secara terperinci mengapakah mereka berbuat demikian.

Royal Pirates dianggotai oleh Kim Moon Chul,  Kim Soo Yoon dan James Lee.

Mereka mengadakan siri jelajah bersama artis terkenal Lee Minho.

Selain Singapura dan di Korea Selatan sendiri, ketiga-tiga anggota Royal Pirates dan pelakon berkenaan telah menjayakan siri jelajah termasuklah Jepun dan China.

Kumpulan berkenaan meraih populariti selepas mereka diundang menjayakan sebuah persembahan dalam konsert Lee Minho iaitu My Everything awal tahun ini.

Royal Pirates menghasilkan album pada 2013 dan turut menghasilkan karya terbaharu iaitu Love Toxic yang dipasarkan pada Ogos lalu.
Royal Pirates

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain