suria

Julia Perez Lakukan Pemeriksaan Rahim Di Singapura

Julia Perez

AKTRES sensasi Indonesia iaitu Julia Perez akan menjalani pemeriksaan pangkal rahim di hospital Mount Elizabeth, Singapura dalam masa terdekat.

Julia atau lebih dikenali sebagai Jupe berkata, selepas itu, dia akan ke sebuah hospital di Pulau Pinang pula untuk membuat pemeriksaan sususlan.

"Ini merupakan kali pertama saya menjalani pemeriksaan secara  keseluruhan untuk diambil maklumat penyakit ini sebelum menjalani rawatan.

"Tetapi tak tahu lah apa keputusannya nanti, kita tunggu dan lihat saja," katanya kepada portal Kapanlagi.

Jupe akan menjalani pemeriksaan di Singapura selama tiga hari dan akan berehat daripada menjalani sebarang penggambaran buat masa ini bagi merehatkan diri.

Bekas kekasih Gaston Castano itu  sebelum ini pernah memberitahu mengalami pendarahan teruk pada rahimnya sehingga membuatkan dia menderita.

Sementara itu, Jupe turut merancang untuk menjalani proses bayi tabung uji selepas mendapat kebenaran daripada doktor.

Julia Perez

Artikel Lain