suria

Konsert Wiz Khalifa Dicemari Kes Pembunuhan

Wiz Khalifa

MENGEJUTKAN apabila pembunuhan telah berlaku ketika Wiz Khalifa sedang mengadakan persembahan konsertnya di Shoreline Amphitheatre, California, Amerika Syarikat, Jumaat lalu.

Menurut laporan US MAgazine,  seorang saksi telah melihat pergaduhan antara dua lelaki di belakang pentas di mana ketika itu Wiz sedang rancak membuat persembahan.

Bagaimanapun, selepas beberapa minit lelaki berkenaan bertengkar, salah seorang daripada mereka menembak mati mangsa sebanyak lima kali.

Kejadian tersebut membuatkan Wiz terpaksa ke balai polis berdekatan lokasi berkenaan bagi memberi keterangan kejadian tersebut kerana difahamkan Wiz mengenali suspek yang membunuh itu.

Sehingga kini, kes masih lagi dalam siasatan.

Wiz Khalifa

Artikel Berikut

Artikel Lain