suria

Wu Yifan Bercinta Dengan Pengarah Filem

Wu Yifan (kiri) dan Xu Jing Lei dikatakan bercinta.

SELEPAS kontroversi menyaman bekas syarikat pengurusan yang dinaungi sebelum ini iaitu SM Entertainment, Wu Yifan, 24, kini digosipkan pula menjalinkan hubungan cinta dengan pengarah filem iaitu Xu Jing Lei, 40.

Menurut laporan Allkpop, mereka sudah lama menjalinkan hubungan iaitu sebelum Yifan aktif dengan kumpulan EXO. Mereka juga pernah bekerjasama menerusi filem Somewhere Only We Know, arahan Jing Lei.

"Walaupun 16 tahun perbezaan umur mereka, Yifan terlalu menyayangi Jing Lei. Malah pengarah itu juga banyak membantunya keluar daripada SM Entertainment," kata sumber.

Sementara itu, Jing Lei juga seperti enggan merahsiakan hubungan mereka apabila kerap memuat naik foto bersama di laman sosial Weibo.

Bagaimanapun jurucakap Yifan menafikan khabar angin tersebut dan menyifatkan keakraban mereka tidak lebih daripada antara pengarah dan pelakon.

Wu Yifan, Xu Jing Lei

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain