suria

Rahsia Perpisahan Ji Hyun Woo & Yoo In Na Terbongkar

Ji Hyun Woo dan Joo In Na telah menamatkan percintaan mereka.
AKTRES Yoo In Na dilaporkan sudah berpisah dengan pelakon Ji Hyun Woo selepas dia dilihat tidak hadir untuk menyambut teman lelakinya itu yang tamat latihan ketenteraan baru-baru ini.

Portal Soompi melaporkan, kedua-dua mereka menamatkan hubungan semenjak Hyun Woo menjalani latihan ketenteraan selain faktor kerjaya In Na yang semakin memuncak antara faktor lain perpisahan itu.

Perpisahan itu dirahsiakan oleh kedua-dua pihak kerana mahu mengumumkannya selepas Hyun Woo tamat latihan ketenteraan.

Bagaimanapun ketika berita berkenaan hebat diperkatakan pihak pengurusan Hyun Woo iaitu YG Entertainment menafikan khabar angin tersebut dan memberitahu In Na tidak dapat menjemput kekasihnya ketika dia tamat latihan ketenteraan kerana sedang sibuk dengan penggambaran sebuah drama bersiri.

Namun selepas ia disahkan benar, YG Entertainment menjelaskan pada ketika itu pihak mereka juga tidak diberitahu tentang kesahihan berita berkenaan.

Yoo In Na, Ji Hyun Woo.

Artikel Lain