suria

Video Adik Beyonce Belasah Abang Ipar Dalam Lif

ADIK kepada penyanyi terkenal Beyonce iaitu Solange bertindak menyerang abang iparnya, Jay-Z di dalam lif di Hotel Standford di Manhattan, New York, Amerika Syarikat pada malam Isnin lalu.

Portal Daily Mail melaporkan kamera litar tertutup di hotel berkenaan berjaya merakamkan pergaduhan mereka dalam sebuah video berdurasi tiga minit  dan ia telah disebarkan oleh laman web TMZ pada hari sama.

Laporan itu menyebut, ketika kejadian, Beyonce dan seorang pengawal peribadi berada di dalam lif berkenaan dan pertelingkahan mereka bermula apabila Jay-Z berang kerana adik iparnya itu menggunakan namanya membawa rakan-rakan ke sebuah parti.

Solange pula mempersoalkan tindakan abang iparnya itu enggan membenarkan rakan-rakannya turut serta dalam parti berkenaan dan menganggap lelaki itu mementingkan diri.

Menerusi rakaman tersebut, terdapat perang mulut di antara mereka berdua sebelum Solange bertindak menendang Jay-Z di bahagian perut selain menumbuknya bertubi-tubi.

Sejurus selepas kejadian ketiga-tiga mereka meninggalkan hotel berkenaan dan Solange kelihatan terganggu.

Keadaan itu bagaimanapun dileraikan oleh pengawal peribadi Jay-Z sebelum wanita berusia 27 tahun itu kembali menyerang lelaki berkenaan menggunakan tas tangannya.

Beyonce dilihat hanya berdiam diri tanpa mempertahankan mana-mana pihak ketika kejadian itu berlaku.

Dalam pada itu, sumber memberitahu, Solange bertambah berang apabila Jay-Z memberitahu akan menghadiri parti yang dianjurkan oleh Rihanna tanpa ditemani oleh isterinya, Beyonce.

Solange mempersoalkan tindakan abang iparnya itu yang tidak mahu membawa kakaknya sebelum menyerang lelaki itu sekali lagi.

Beyonce dilihat masih tersenyum kepada jurugambar dan peminat yang menanti mereka diluar hotel.

Keadaan tenang seketika namun Solange sekali lagi menyerang Jay-Z sebaik sahaja pintu lif dibuka dan Beyonce dilihat cuba melindungi suaminya daripada terus diserang oleh adiknya itu.

Sementara itu, sumber terdekat penyanyi itu memberitahu, kemarahan Solange sebenarnya telah dipendam selepas Jay-Z gagal menunaikan janjinya untuk menerbitkan album terbaharunya.

Jelas sumber itu lagi, Solange sudah berasa bosan sering dibayangi oleh populariti kakaknya dan dia mahu berpijak pada kakinya sendiri sebagai seorang penyanyi.

Bagaimanapun, Jay-Z dan Solange dilihat keluar bersama pada keesokan harinya dan memasuki sebuah kedai emas di New York.

Sehingga kini, baik Jay-Z mahupun Solange kedua-dua mereka enggan mengulas mengenai insiden berkenaan.
Beyonce, Solange, Jay-Z.

Artikel Lain