suria

Kim Jong Kook Beri Bantuan Kepada Keluarga Mangsa Feri Karam

Kim Jong Kook menyumbangkan RM141,000 bagi meringankan beban keluarga mangsa feri karam di Korea Selatan yang berlaku pada 16 April lalu.
RAMAI di kalangan artis Korea Selatan tidak henti-henti memberikan sumbangan kepada mangsa korban tragedi feri karam di negara itu.

Insiden berkenaan berlaku pada 16 April lalu.

Menurut laporan Newsen, bintang program Running Man iaitu Kim Jong Kook turut membantu menghulurkan wang sebanyak RM141,000 dan ia diserahkan melalui agensi selebriti berkenaan.

Sebelum ini, Jong Kook bersama rakan-rakannya telah melawat keluarga mangsa korban sebelum memutuskan untuk menyumbangkan wang.

"Dia ingin memberi sumbangan kepada mangsa korban tetapi tidak tahu harus cara menyalurkan sumbangan. Mujurlah ada organisasi yang terlibat membantu menghulurkan sumbangan berkenaan kepada keluarga mangsa korban," kata jurucakap Jong Kook.
Kim Jong Kook

Artikel Berikut

Artikel Lain