suria

Shingdong (Super Junior) Sedang Kenali Model

Singdong dilihat keluar bersama seorang model di sebuah pasaraya terkenal di Korea.
SALAH seorang ahli kumpulan Super Junior, Shindong dilaporkan berjalan bersama seorang model bernama Kang Shi Nae di sebuah pasaraya.


Pasangan ini dikatakan asyik bercinta sehingga tidak menyedari aksi mereka dirakam oleh kemera.

Aksi yang kelihatan mesra itu membuatkan peminat-peminat Super Junior terkejut kerana Shingdong sudah melamar kekasihnya Na Ri.

Pihak pengurusan artis itu mengeluarkan kenyataan bahawa kedua-dua mereka hanya sekadar kenalan dan baharu pertama kali bertemu.

"Shingdong pertama kali bertemu dengan Kang Shi Nae melalui temannya. Meraka masih lagi berkawan dan tiada sebarang hubungan istimewa.

"Shingdong dan kekasihnya Na Ri sudah putus sejak tahun lalu," jelas pihak pengurusannya.

Super Junior, Shingdong

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain