suria

Persembahan Artis K-Pop Untuk Jackie Chan

Jackie Chan bergambar kenangan bersama kumpulan EXO selepas selesai konsert berkenaan.

ARTIS popular K-Pop tampil bagi mengadakan persembahan untuk meraikan ulang tahun ke-60 Jackie Chan dalam sebuah konsert khas yang diadakan bagi mengingati pelakon legenda itu.

Menurut laporan Soompi, antara artis K-Pop yang hadir termasuk EXO, Han Geng, Jang Woo Hyuk, Lee Byung Hun pada konsert Peace, Love & Friendship yang diadakan di Stadium Beijing, China baru-baru ini.

Jackie terharu dengan sokongan yang diberikan oleh rakan artis dari Korea Selatan kepadanya. 

Kumpulan anak didik Jackie iaitu JJCC turut hadir dan menyampaikan dua single terbaharu mereka iaitu Growl dan Wolf  dihadapan 10,000 ribu penonton yang hadir memenuhi ruang.

Tidak hanya selebriti dari Korea Selatan, konsert itu juga turut diserikan dengan penyanyi terkenal China iaitu Wang Lee Hom dan Zang Li Yin.

Jackie yang ditemu bual selepas konsert itu berlangsung memberitahu, dia rasa terharu dengan sokongan daripada ramai artis yang menghadiri acara itu.

Artikel Lain