suria

Nicole Scherzinger & Lewis Hamilton Rasmi Bertunang

Semangat Lewis yang tidak pernah menyerah kalah membuatkan hati Nicole tersentuh dan terus bersetuju untuk berkahwin dengan lelaki itu.

KHABAR berita gembira daripada Nicole Scherzinger dan Lewis Hamilton yang sudah bertahun-tahun menjalinkan hubungan cinta apabila mereka kini sudah mengikat tali pertunangan.

Menurut laporan Showbizspy, bekas ahli Pussicat Dolls itu akhirnya menerima lamaran Lewis selepas tiga kali menolak lamaran pelumba kereta itu.

Difahamkan, semangat Lewis yang tidak pernah menyerah kalah membuatkan hati Nicole tersentuh dan terus bersetuju untuk berkahwin dengan lelaki itu.

"Lewis telah melakukan yang terbaik agar lamaran kali ini akan menjadi kejutan buat Nicole juga dirinya sendiri. Dia berlutut di hadapan Nicole dan akhirnya lamaran itu diterima," kata sumber.

Hubungan pasangan ini sudah lama dijalinkan. Malah mereka seringkali memutuskan perhubungan tersebut dan tidak lama kemudian, menyambung sehinggalan kedua-duanya nekad untuk berumahtangga.

Artikel Lain