suria

Kylie Jenner Jalani Pembedahan Plastik

Kylie Jenner dikatakan telah menjalani pembedahan plastik.
DENGAN usia yang baru 16 tahun, kecantikan Kylie Jenner sudah membuatkan ramai yang terpukau. Namun muncul pula khabar angin mengatakan adik Kim Kardashian ini telah menjalani pembedahan plastik.

Menurut laporan portal Dailymail, bintang program Keeping Up With The Kardashians itu dikatakan telah menjalani pembedahan hidung dan bibir.

Selain itu Kylie juga dikatakan telah membuat suntikan botoks.

Bagaimanapun jurucakap selebriti itu  menafikan berita tersebut dan menyifatkan gosip itu langsung tidak masuk akal.

"Berita itu langsung tidak masuk akal sama sekali dan ianya tidak benar," kata jurucakap tersebut.

Berita pembedahan plastik ini bukanlah pertama kali dialami oleh keluarga Kardashian.

Sebelum Kylie, Kim Kardashian, Kloe dan Bruce Jenner turut dikhabarkan menjalani pembedahan tersebut.
Kylie Jenner, Kardashians

Artikel Lain