suria

Michelle Dockery Menangis Anak Angkat Temui Taylor Swift

Taylor Swift.

PELAKON Michelle Dockery menitiskan air mata melihat kegembiraan anak angkatnya apabila berpeluang bertemu dengan penyanyi Taylor Swift.

Seperti laporan contact.music.com, Michelle kelihatan sangat beremosi apabila dapat mempertemukan anak angkatnya dengan penyanyi itu.

"Kali terakhir saya menangis ialah ketika membawa anak angkat saya berjumpa dengan penyanyi pujaannya iaitu Taylor Swift selepas menyaksikan konsert penyanyi tersebut.

"Dia terus berlari dan memeluk Taylor. Saya pasti perkara itu akan menjadi kenangan paling indah pada usia remaja mereka," katanya.

Artikel Lain